Kerana beginilah firman Yang Maha Tinggi dan Yang Maha Mulia,
yang bersemayam dalam kekekalan dan yang suci nama-Nya,
“Aku bersemayam di tempat yang tinggi dan suci,
tetapi juga bersama-sama orang yang hancur hati dan rendah hati,
untuk menyegarkan semangat orang yang rendah hati dan untuk menyegarkan hati yang hancur.
Aku tidak mahu berbantah untuk selama-lamanya,
dan Aku tidak mahu terus-menerus murka,
nanti semangat orang menjadi lemah di hadapan-Ku,
begitu pula nafas manusia yang Kujadikan.