1
Kejadian 17:1
Alkitab Versi Borneo
Ketika Abram berusia 99 tahun, TUHAN menampakkan diri kepada Abram dan berfirman kepadanya, “Akulah Allah Yang Maha Kuasa, hiduplah tanpa bercela di hadapan-Ku.
Bandingkan
Selidiki Kejadian 17:1
2
Kejadian 17:5
Namamu bukan Abram lagi, kini namamu Abraham, kerana Aku akan menjadikan kamu bapa kepada beberapa banyak bangsa.
Selidiki Kejadian 17:5
3
Kejadian 17:7
Aku akan mengesahkan perjanjian-Ku antara Aku dengan kamu serta keturunanmu kelak, turun-temurun, menjadi suatu perjanjian yang kekal, iaitu bahawa Aku akan menjadi Allah kepadamu dan kepada keturunanmu.
Selidiki Kejadian 17:7
4
Kejadian 17:4
“Daripada pihak-Ku, inilah perjanjian-Ku dengan kamu: Kamu akan menjadi bapa kepada beberapa banyak bangsa.
Selidiki Kejadian 17:4
5
Kejadian 17:19
Firman Allah, “Sesungguhnya Sarah, isterimu, akan melahirkan seorang anak lelaki bagimu. Namailah dia Ishak. Aku akan mengesahkan perjanjian-Ku dengannya untuk menjadi suatu perjanjian yang kekal bagi keturunannya.
Selidiki Kejadian 17:19
6
Kejadian 17:8
Kepadamu dan kepada keturunanmu kelak akan Kuberikan negeri yang kini kamu tinggal sebagai pendatang, iaitu seluruh Tanah Kanaan yang akan menjadi milikmu yang kekal. Aku pun akan menjadi Allah mereka.”
Selidiki Kejadian 17:8
7
Kejadian 17:17
Maka sujudlah Abraham lalu tertawa dan berkata dalam hatinya, “Mungkinkah seorang anak lelaki dilahirkan daripada lelaki yang berumur seratus tahun? Mungkinkah Sarah, yang sudah berusia 90 tahun melahirkan anak?”
Selidiki Kejadian 17:17
8
Kejadian 17:15
Selanjutnya Allah berfirman kepada Abraham, “Dalam hal Sarai, isterimu, jangan lagi kamu memanggilnya Sarai. Panggil dia Sarah. Itulah namanya.
Selidiki Kejadian 17:15
9
Kejadian 17:11
Kulup iaitu kulit khatanmu mesti dikerat, dan itu akan menjadi tanda perjanjian antara Aku dengan kamu.
Selidiki Kejadian 17:11
10
Kejadian 17:21
Namun demikian, perjanjian-Ku akan Kutetapkan dengan Ishak, yang akan dilahirkan Sarah bagimu pada waktu seperti ini pada tahun mendatang.”
Selidiki Kejadian 17:21
11
Kejadian 17:12-13
Bagi kesemua keturunanmu, setiap anak lelaki berumur delapan hari mesti disunatkan, sama ada mereka yang dilahirkan di rumahmu atau yang dibeli daripada orang asing mana-mana pun yang bukan keturunanmu. Anak lelaki yang lahir di rumahmu ataupun yang dibeli dengan wang harus disunatkan. Demikianlah tanda peringatan perjanjian-Ku akan jelas kelihatan dan kekal pada tubuhmu.
Selidiki Kejadian 17:12-13
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video