Beginilah firman Tuhan ALLAH,
‘Aku akan mengambil pucuk paling atas daripada pokok araz
yang tinggi dan menanamnya.
Aku akan memetik pucuk muda daripada
pucuk-pucuknya di puncak dan Aku akan menanamnya
di atas sebuah gunung yang menjulang tinggi.
Di atas gunung Israel yang tinggi Aku akan menanamnya.
Dia akan mengeluarkan cabang, menghasilkan buah,
dan menjadi pokok araz yang hebat.
Semua burung, iaitu segala yang bersayap,
akan berdiam di bawahnya.
Mereka akan berdiam di naungan carang-carangnya.