Tiga kali setahun, iaitu pada Perayaan Roti Tidak Beragi, Perayaan Tujuh Minggu, dan Perayaan Pondok Daun, hendaklah setiap lelaki dalam kalangan kamu menghadap hadirat TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih-Nya. Jangan seorang pun menghadap hadirat TUHAN dengan tangan kosong.