Kuasanya akan menjadi besar,
tetapi bukan oleh kekuatannya sendiri.
Dia akan membuat kerosakan yang luar biasa
dan berhasil dalam apa-apa pun yang dilakukannya.
Dia akan membinasakan orang kuat dan umat yang suci.
Kerana kepandaiannya,
tipu daya yang dilakukannya akan berhasil dan dalam hatinya dia akan membesarkan diri.
Dia membinasakan ramai orang,
dan dia bangkit melawan Penguasa segala penguasa.
Tetapi dia akan dipatahkan
bukan oleh tangan manusia.