Para peniup nafiri dan penyanyi itu serentak memperdengarkan suara untuk memuji dan mengucap syukur kepada TUHAN. Dengan diiringi nafiri, ceracap, dan alat-alat muzik yang lain, para penyanyi mengangkat suara sambil memuji TUHAN, demikian,
“Kerana Dia baik,
kasih-Nya kekal selama-lamanya!”
Tiba-tiba awan memenuhi bait itu, iaitu Bait TUHAN, dan para imam tidak dapat berdiri untuk menyelenggarakan ibadat disebabkan awan itu, kerana kemuliaan TUHAN memenuhi Rumah Allah.