Berkatalah Saul kepada pembawa senjatanya, “Hunuslah pedangmu dan tikamlah aku, supaya jangan datang kalangan yang tidak bersunat ini menikam aku dan mempermainkan aku.” Namun begitu, pembawa senjata yang amat takut itu enggan menurut perintah itu. Maka Saul sendiri mengambil pedang itu dan menjatuhkan dirinya ke atasnya. Apabila pembawa senjatanya melihat bahawa Saul sudah mati, dia juga menjatuhkan dirinya ke atas pedangnya, lalu mati bersama-sama Saul.