Puji bagi Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana belas kasihan-Nya yang amat besar Dia telah mengurniai kita kelahiran baru dengan membangkitkan Yesus Kristus daripada kematian. Dengan demikian, kita hidup dengan harapan yang tidak akan binasa, dan kita mengharapkan warisan yang tidak mungkin reput, tercemar atau lenyap — disimpan untukmu di syurga.