Demikianlah Saul mati kerana kemungkaran yang dilakukannya terhadap TUHAN. Dia tidak berpegang teguh pada firman TUHAN, malah bertanya kepada pemanggil arwah untuk mencari petunjuk, dan bukan mencari petunjuk TUHAN. Oleh sebab itu TUHAN mengambil nyawanya dan mengalihkan kerajaan itu kepada Daud anak Isai.