Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan ROMA 8:35

Allah, Bagaimana Dengan Saya?
5 Hari
Apabila kita rasa ketinggalan di belakang dalam hidup dan suara pembandingan menjadi makin kuat, kita kerap gagal melihat Allah bergerak di tengah-tengah kita. Pada waktu inilah iman kita paling banyak digunakan. Baca renungan ini dan didorong dalam pengharapan anda terhadap Allah.

Bangkitlah dan Bersinarlah
5 Hari
Kita sering berkata, "Serahkan beban kamu kepada Allah." Pernahkah anda tertanya-tanya: Bagaimanakah saya melakukan itu? Keremukan dunia rasa terlalu berat. Meskipun anda ingin sangat untuk menyinarkan cahaya Yesus, anda tertanya-tanya rupanya berbuat demikian sementara anda sendiri bergelut untuk melihat cahaya itu. Renungan ini meneliti bagaimana kita boleh menjadi cahaya untuk Yesus walaupun dunia kita kelihatan gelap.

Sikap
7 Hari
Bagaimanakah kita menemui sikap yang betul untuk setiap situasi? Apakah sikap yang betul? Pelan Alkitab tujuh hari ini menemui jawapan dalam hidup dan ajaran Kristus. Izinkan dorongan harian, doa renungan, dan ayat Alkitab yang berkuasa ini membentuk minda Kristus dalam diri anda.

Siapakah Saya dalam Kristus
10 Hari
Siapakah anda? Soalan ini sering kali menerima balasan yang menyatakan sesuatu yang kita lakukan. Namun, identiti kita datang daripada apa yang Tuhan katakan tentang kita—bukan apa yang kita lakukan, dan tentunya bukan apa yang dikatakan oleh orang lain tentang kita. Mengetahui siapa kita sebagai pengikut Kristus adalah penting dalam perjalanan kita bersama dengan Yesus. Apabila kita mengetahui siapa kita, kita akan mengetahui apa yang harus dilakukan.

Mengasihi Seperti Yesus
13 Hari
Bagaimanakah kita dapat belajar untuk hidup seperti Yesus sekiranya kita tidak mengasihi seperti-Nya dahulu? Bacalah bersama dengan kakitangan Life.Church dan pasangan mereka ketika mereka menceritakan semula pengalaman dan ayat Alkitab yang telah mengilhamkan mereka untuk hidup dan Mengasihi Seperti Yesus sepenuhnya.

Emosi yang Kudus - Respons Alkitabiah kepada Setiap Cabaran
30 Hari
Allah telah mencipta anda dan meletakkan anda pada waktu ini, untuk mengasihi golongan yang tidak mudah dikasihi, mencerminkan kedamaian dalam keadaan huru-hara, dan menunjukkan sukacita yang ingkar dalam setiap situasi. Ini mungkin kelihatan mustahil, tetapi anda dapat melakukannya dengan mempelajari hal yang dinyatakan Alkitab tentang emosi semula jadi manusia anda dan tentang cara menguruskannya. Renungan ini merangkumi cabaran yang biasa dan ada kalanya cabaran yang luar biasa yang kita hadapi setiap hari, serta memberikan rujukan Alkitabiah tentang cara untuk menguruskan emosi anda secara salih.

Sukacita untuk Semua Musim
30 Hari
Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.