Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan ROMA 8:16

Keyakinan
4 Hari
Allah mahu anda MENGETAHUI bahawa anda telah diselamatkan dan akan ke syurga! Keyakinan anda bertambah melalui pertemuan dengan Allah dan merenungkan Firman-Nya. Ayat-ayat berikut, apabila dihafal, boleh membantu anda tetap yakin dengan Allah sepanjang hayat anda. Biarlah kehidupan anda diubah dengan penghafalan ayat Alkitab! Untuk sistem penghafalan ayat Alkitab yang menyeluruh, layari MemLok.com

Tahun Baru: Memulakan Hidup Baru
5 Hari
Tahun yang baru sama dengan permulaan baru dan memulakan hidup baru. Tahun baru ialah masa untuk menetap semula, menyegar semula, dan memfokus semula pada perkara yang paling penting dalam hidup anda. Menjalani tahun yang terbaik setakat ini bermula dengan kesedaran bahawa anda telah diperbaharui melalui Yesus. Jalanilah hidup yang baru pada tahun baru ini!

Mengalami Persahabatan dengan Allah
5 Hari
Adakah anda mengalami musim tanah gersang, tiada air atau oasis untuk jiwa anda? Bagaimana kalau musim ini membawa harapan yang terbesar: untuk mengetahui kehadiran Allah secara dekat, sejati, dan dengan sepenuh hati? Renungan ini menggalakkan anda bahawa waktu ini tidaklah sia-sia, meskipun sesetengah hari anda rasa seolah-olah anda tidak mencapai sebarang kemajuan. Disebabkan walau apa pun rupa bumi yang anda tempuh, Allah menyertai anda sebagai Penghibur, Pemberi Hidup, dan Sahabat.

Terpilih: Mengingatkan Diri Tentang Injil Setiap Hari
7 Hari
Apakah yang akan berlaku sekiranya anda bangun tidur dan mengingatkan diri tentang Injil setiap hari? Renungan 7 hari ini membantu anda untuk melakukan itu! Injil bukan sahaja menyelamatkan kita, malah menyebabkan kita tabah hati sepanjang kehidupan kita. Penulis dan Penginjil Matt Brown telah membentuk pelan bacaan ini berdasarkan buku renungan 30 hari yang ditulis oleh Matt Brown dan Ryan Skoog.

Alkitab: Dijelaskan
7 Hari
Alkitab merupakan salah satu buku yang paling berpengaruh sepanjang masa, tetapi kita boleh merasa bingung untuk memahaminya dan apa yang harus dilakukan dengannya. Kajian Alkitab selama 7 hari ini akan membantu anda menguraikan apa itu Alkitab, mengapa Alkitab itu penting, dan bagaimana anda dapat memahaminya hari ini. Kita juga akan mengetahui bagaimana menerapkan Firman Tuhan dalam dunia-Nya.

Doa Bapa Kami
8 Hari
Sertai J.John dalam kajian lapan hari tentang Doa Bapa Kami, ajaran yang amat mendalam dan berguna oleh Yesus tentang cara kita harus berdoa.

Tahun Baru, Rahmat Baru
15 Hari
Sepanjang 15 hari, Paul David Tripp akan mengingatkan anda akan kasih karunia Allah terhadap anda—kebenaran yang tidak pernah ketinggalan zaman. Apabila "pengubahsuaian tingkah laku" atau aforisme seronok tidak cukup untuk membuat anda rasa segar, belajar mempercayai kebaikan Allah, bergantung pada kasih karunia-Nya, dan hidup demi kemuliaan-Nya setiap hari.

Kekaguman yang Tak Makan Dek Zaman | Pelan Bacaan Krismas daripada New Life Church
19 Hari
Pelan tiga minggu ini meneliti kekaguman yang tak makan dek zaman terhadap kedatangan Allah kepada kita melalui Anak-Nya, Yesus. Pelan ini direka bentuk untuk bermula pada hari Isnin supaya setiap hujung minggu merangkumi kandungan yang lebih pendek yang dimaksudkan untuk rehat dan renungan pada musim cuti. Sertai kami sementara kami mengkaji maksud kelahiran Kristus terhadap masa depan, masa sekarang dan masa lalu kita.

Bagaimana Rupa Allah? Pelan Bacaan 21 Hari
21 Hari
Bagaimana rupa Allah? Itu merupakan soalan yang besar tetapi penting. Pemahaman kita tentang Allah akan menentukan cara kita berhubungan dengan-Nya. Semakin banyak kita mengetahui tentang Allah, semakin baiknya hubungan kita dengan-Nya. Allah menyatakan diri-Nya sepanjang Alkitab. Setiap nama bagi Allah memberitahu kita sesuatu tentang-Nya. Renungkan sifat Allah untuk 21 hari seterusnya dan lihatlah kasih anda terhadap-Nya bertumbuh.