Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan MAZMUR 51:10
Tindakan Pertaubatan
5 Hari
Bertaubat merupakan suatu tindakan utama ketika kita mengenali Kristus sebagai Penyelamat peribadi kita. Pertaubatan adalah tindakan kita dan ampun adalah tindakbalas Allah kerana kasihNya yang sempurna. Pelan bacaan 5-hari ini menyediakan bacaan Alkitab harian serta meditasi agama yang ringkas untuk membantu anda memahami kepentingan bertaubat dalam perjalanan kita bersama Kristus.
Mengalami Pembaharuan Allah
5 Hari
Menjadi ciptaan yang baru dalam Kristus bermaksud kita diperbaharui secara berterusan melalui-Nya. Allah memperbaharui hati, minda, dan tubuh kita. Dia juga memperbaharui tujuan kita. Dalam pelan bacaan selama 5 hari ini, anda akan mendalami apa yang dinyatakan dalam Firman Allah tentang pembaharuan. Pada setiap hari, anda akan menerima bacaan Alkitab dan renungan ringkas yang akan membantu anda merenungkan cara-cara yang berlainan di mana kita dapat mengalami pembaharuan Allah.
Bebas Pornografi Dengan John Bevere
5 Hari
Ini bukanlah pelan untuk mengasak anda, memberitahu anda untuk melipatgandakan usaha anda, dan mengurus diri. Pelan Bebas Pornografi akan memegang tangan anda dengan kasih sayang, menemui anda di mana anda berada, dan memimpin anda dengan kasih karunia dan kebenaran ke arah kebebasan.
5 Doa Kerendahan Hati
5 Hari
Perlukan lebih banyak kasih kurnia, kemurahan hati, dan berkat Allah? Ucapkan lima doa kerendahan hati ini untuk meminta kemurahan hati Tuhan terhadap anda dan menolong anda. Dia akan menjawab doa anda; Dia memberikan kasih kurnia kepada orang yang rendah hati! Jika anda merendahkan diri di hadapan Tuhan, Dia akan meninggikan anda.
Mula Semula
7 Hari
Tahun Baru. Hari yang Baru. Allah telah mencipta peralihan ini untuk mengingatkan kita bahawa Dia ialah Allah Permulaan Baru. Jika Allah boleh mencipta dunia ini melalui firman-Nya, Dia pasti dapat berfirman terhadap kegelapan hidup anda, menciptakan permulaan yang baru untuk anda. Tidakkah anda menyukai permulaan yang baru?! Seperti membaca pelan bacaan ini. Berseronoklah!
Menemui Semula Musim Krismas
25 Hari
Mulakan tradisi Krismas yang baru dengan corak nada bukan tradisional di musim Adven. Tarikh yang sesuai bagi pengembaraan ini ialah 1hb Disember, sementara permulaan yang lebih awal menetapkan rentak yang santai. Merangkumi soalan renungan dan langkah tindakan untuk menumpukan setiap hari pada Kristus. Sesuai untuk individu, keluarga, atau kumpulan kecil.
Sukacita untuk Semua Musim
30 Hari
Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.