Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan MAZMUR 42:2
Kesedihan
5 Hari
Kesedihan mungkin rasa tidak tertahan. Walaupun kawan dan keluarga yang berniat baik menawarkan sokongan serta dorongan, kita kerap rasa tiada orang yang betul-betul memahaminya—bahawa kita bersendirian dalam penderitaan kita. Dalam pelan ini, anda akan menemui Kitab Suci yang menenangkan hati untuk membantu anda menemui perspektif daripada Allah, merasakan keprihatinan besar Penyelamat kita buat anda, dan mengalami pelegaan daripada penderitaan anda.
Apabila Iman Gagal: 10 Hari Menemukan Allah Dalam Bayangan Kesangsian
10 Hari
Bergelut dengan iman dan keraguan mungkinlah amat sepi dan terasing. Sesetengah orang menderita tanpa berkata-kata sementara yang lain pula meninggalkan kepercayaan mereka, mengandaikan bahawa keraguan bertentangan dengan iman. Dominic Done mempercayai bahawa ini adalah tragis dan kesilapan yang besar. Ia menggunakan Alkitab dan sastera untuk mendebatkan bahawa keraguan bukan sahaja normal malah sering kalinya ialah jalan ke arah iman yang lebih kaya, bersemangat dan bertenaga. Terokai iman dan keraguan dalam pelan 10 hari ini.
Postur Adven: Renungan Harian Krismas
27 Hari
Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.