Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan MAZMUR 27:1
Kuasa Luar Biasa Pujian: Renungan 5 Hari Daripada Mazmur
5 Hari
Kekhuatiran, ketakutan, kesepian dan kemurungan telah bertambah dengan banyaknya dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini. Emosi tersebut tidak asing bagi para pemazmur. Walau bagaimanapun, mereka belajar membebaskan kuasa luar biasa pujian untuk menangani emosi tersebut. Bongkarlah rahsia ketenangan dalam renungan tentang Mazmur ini.
Menantikanmu di Sini, Satu Perjalanan Pengharapan Adven
7 Hari
Adven merupakan suatu musim penantian penuh harapan dan penyediaan. Sertai pastor dan pengarang Louie Giglio dalam perjalanan Adven untuk menyedari bahawa menanti tidak sia-sia apabila anda sedang menantikan Tuhan. Ambillah peluang untuk mendedahkan harapan besar yang ditawarkan sepanjang perjalanan Adven ini. Dalam tujuh hari yang akan datang, anda akan menemui kedamaian dan dorongan untuk jiwa anda apabila penantian membawa kepada perayaan!
Berita Baik: Dorongan untuk Dunia yang Menghadapi Krisis
7 Hari
Kita hidup dalam zaman yang tidak pernah berlaku dahulu kerana pandemik COVID-19. Di manakah kita menemui harapan dan "berita baik" di tengah-tengah hebahan berita buruk yang tidak henti-henti? Bagi pengikut Yesus, sentiasa adanya Berita Baik. Dalam Pelan 7 hari ini, kita akan meneliti beberapa janji yang ditemui dalam Allah kita yang baik dan iman yang diperlukan untuk berpaut pada janji tersebut.
Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya
8 Hari
Ini merupakan minggu pertama daripada siri tujuh minggu yang membantu anda mengharungi kebimbangan sementara berpegang pada kebenaran alkitabiah dan janji Allah. Pelan lapan hari ini memberikan dorongan dan aplikasi praktikal untuk menjajarkan hati dan fikiran anda dengan kasih Yesus di tengah-tengah kebimbangan. Janji minggu ini: Allah menyertai saya.
Karol: Renungan Krismas
25 Hari
Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.
Pelan Bacaan Yang Lebih Baik
28 Hari
Apakah anda rasa terbeban, tidak berpuas hati, terperangkap? Inginkah anda memperbaiki kehidupan seharian? Firman Allah adalah panduan ke hari yang lebih cerah. Pelan bacaan ini membantu anda bukan sahaja mencapai hidup yang baik, namun hidup yang lebih baik yang Allah ingin kurniakan kepada anda.