Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan MARKUS 11:24
Iman yang Tidak Masuk Akal
5 Hari
Sebahagian daripada diri anda mempercayai hal yang mustahil. Sebahagian daripada diri anda berangan-angan tentang suatu mukjizat. Sebahagian daripada diri anda menyedari bahawa anda telah dicipta untuk menjalankan kehidupan beriman yang tidak masuk akal. Dalam renungan lima hari ini, Pastor Michael Todd akan membimbing anda dalam perjalanan iman semasa ia membantu anda memperoleh perspektiif yang baru akan rancangan Allah untuk anda: masa depan yang tidak berani anda bayangkan.
Melepaskan Diri Daripada Pembandingan Renungan 7 Hari Oleh Anna Light
7 Hari
Anda sedar bahawa Allah memberikan anda hidup yang berkelimpahan berbanding dengan kehidupan semasa anda, tetapi malangnya pembandingan menghalang anda daripada maju ke tahap seterusnya. Dalam pelan bacaan ini, Anna Light membongkar wawasan yang akan menghancurkan batas pembandingan terhadap keupayaan anda, dan membantu anda untuk menjalankan kehidupan yang bebas dan berkelimpahan yang telah disediakan oleh Allah bagi anda.
SATU PERKARA
7 Hari
Kita akan membongkar maksudnya hidup demi Yesus dalam dunia yang menyeleweng. Dunia ini berlari seratus batu sejam, dan kita memiliki lebih banyak maklumat daripada yang dapat kita kendalikan. Adakah ini ciri dunia moden sekarang ini? Bagaimanakah kita memperlahankan diri dalam persekitaran yang serba cepat ini? Mazmur 27:4 merangkumi jawapannya – SATU PERKARA, dengan Ps Andrew Cartledge.
Iman
12 Hari
Apakah melihat adalah percaya? Ataupun mempercayai adalah melihat? Ini adalah persoalan tentang iman. Pelan ini menawarkan pengajian mendalam akan iman—daripada kisah orang sebenar dalam Perjanjian Lama yang menunjukkan iman berani dalam situasi yang mustahil kepada ajaran Yesus tentang subjek ini. Melalui pembacaan anda, anda akan didorong untuk memperdalamkan hubungan anda dengan Allah dan menjadi pengikut Yesus yang lebih taat.
Doa
21 hari
Pelajarilah cara terbaik berdoa, dari doa orang beriman serta juga dari perkataan Yesus sendiri, dan terimalah galakan untuk terus membawa permintaan anda kepada Allah setiap hari, dengan penuh kesabaran. Bacalah contoh doa sia-sia yang memuliakan diri, berbanding kepada doa murni dari hati yang bersih. Sentiasalah berdoa.