Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan MARKUS 10:8

Bagaimana Menyimpan Seks untuk Perkahwinan?
3 Hari
Setiap kali seseorang menanya kami jika kami percaya akan seks pranikah, kami memberikan respons "ya dan tidak." Pada mulanya, jawapannya adalah mengelirukan, tetapi memberikan kami peluang untuk mengemukakan hujah yang penting. Allah menegaskan keseksualan kita sebagai manusia dan kita tidak menjadi aseksual dengan tiba-tiba. Atas sebab ini, kami percaya akan keseksualan pranikah. Akan tetapi, kami segera menyusul dengan mengatakan bahawa persetubuhan sebelum berkahwin jelasnya tidak selaras dengan prinsip Allah.

Ikrar
6 Hari
Dalam Pelan Alkitab Life.Church ini, enam pasangan menulis tentang enam ikrar perkahwinan yang tidak dilafazkan secara rasmi di altar. Ikrar persediaan, keutamaan, pengejaran, perkongsian, kesucian, dan doa ini adalah ikrar yang menjadikan perkahwinan teguh lama selepas majlis perkahwinan. Sama ada anda sudah berkahwin atau berfikir-fikir tentang perkahwinan, sudah tiba masanya untuk berikrar.

Matlamat Hubungan
7 Hari
Hubungan sempurna yang anda kagumi, tidaklah begitu menarik jika diperhatikan gambar demi gambar. Betul? Jadi, bentuk matlamat hubungan yang manakah yang betul-betul berhasil? Pelan Alkitab Life.Church ini, yang ditulis oleh mereka yang telah lama berkahwin, yang masih bujang, dan yang baru berkahwin, akan menunjukkan bentuk kasih yang boleh diberikan oleh Allah bagi semua hubungan kita.