Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan MATIUS 6:14
9 Bohong Biasa yang Dipercayai oleh Orang Kristian: Bahagian 1 daripada 3
3 hari
Allah mungkin tidak sama dengan apa yang anda fikirkan. Mungkin Dia adalah lebih baik. Renungan ini akan membantu anda mengenal pasti beberapa klise yang pernah kita dengar tetapi sebenarnya bohong yang tidak alkitabiah. Klise ini mungkin kelihatan tidak bermaksud apa-apa, tetapi berbahaya kepada iman kita dan menghalang banyak orang percaya daripada kematangan rohani. Ketahui cara mengatasi bohong ini dengan kebenaran tentang Allah dalam Alkitab untuk membawa dorongan dan kebebasan bagi kehidupan kita.
Pengampunan
4 Hari
Pengampunan Marilah kita melihat beberapa ayat Alkitab. Allah mahu anda rasa tenang, tidak mengenal takut, dipenuhi iman, harapan, dan kasih, bukan? Dia tidak mahu anda rasa bimbang atau dipenuhi kemarahan. Ayat Alkitab tentang pengampunan mengajar anda bagaimana untuk memaafkan seseorang. Kebijaksanaan timbul daripada merenungkan Firman Allah.
Mengampunkan Orang Yang Melukakan Kita
7 Hari
Sama ada kita mengalami luka emosi atau fizikal, pengampunan ialah batu sudut kehidupan Kristian. Yesus Kristus mengalami pelbagai layanan yang tidak adil dan tidak patut, termasuk kematian salah. Walau bagaimanapun, pada saat-saat menghadapi kematian, Dia mengampunkan pencuri yang mempersenda-sendakan Dia dari salib di sebelah-Nya dan juga pertanda-Nya.
Kehidupan Berubah
7 Hari
Adakah anda selalu membandingkan diri dengan orang lain atau dengan standard masyarakat tentang ertinya menjadi seorang wanita? Bagaimana jika sebaliknya, anda mendefinisikan diri anda berdasarkan apa yang Tuhan katakan tentang anda dan belajar bagaimana melawan bohong musuh yang kerap itu? Pelan ini akan membantu anda menjalani setiap hari dengan harapan dan keyakinan dalam Kristus, mengetahui bahawa identiti anda terletak pada-Nya sahaja.
Mengejar Sesuatu yang Tidak Mungkin Tercapai
7 Hari
Kita semua mengejar sesuatu. Biasanya sesuatu yang tidak dapat dicapai—pekerjaan yang lebih baik, rumah yang lebih selesa, keluarga yang sempurna, penerimaan orang lain. Walau bagaimanapun, tidakkah ini memenatkan? Adakah terdapat cara yang lebih baik? Ketahui dalam Pelan Alkitab Life.Church yang baru ini, bersama-sama siri khutbah Pastor Craig Groeschel, Chasing Carrots.
21 hari berpuasa
21 hari
Mulakan hari anda dengan memfokuskan diri kepada ciri kerohanian dalam berpuasa. Pelan ini mempunyai beberapa petikan mengenai puasa dan lain-lain yang mempengaruhi kepada refleksi dan pendekatan diri kepada Allah. Selama 21 hari, anda akan diberikan pembacaan alkitab harian, renungan ringkas, soalan refleksi dan doa-doa yang berkaitan.
Bagaimana Rupa Allah? Pelan Bacaan 21 Hari
21 Hari
Bagaimana rupa Allah? Itu merupakan soalan yang besar tetapi penting. Pemahaman kita tentang Allah akan menentukan cara kita berhubungan dengan-Nya. Semakin banyak kita mengetahui tentang Allah, semakin baiknya hubungan kita dengan-Nya. Allah menyatakan diri-Nya sepanjang Alkitab. Setiap nama bagi Allah memberitahu kita sesuatu tentang-Nya. Renungkan sifat Allah untuk 21 hari seterusnya dan lihatlah kasih anda terhadap-Nya bertumbuh.
21 Hari Sehingga Kelimpahan
21 hari
Dalam pelan YouVersion 21 Hari Sehingga Kelimpahan ini, Jeremiah Hosford akan membawa pembaca untuk perjalanan 3 minggu untuk mengosongkan diri daripada diri sendiri, dipenuhi dengan Roh Kudus, dan menjalankan hidup yang dipenuhi Roh dan kelimpahan. Sudah tiba masanya untuk berhenti hidup secara biasa dan mula menjalankan hidup yang kelimpahan!
Pelan Bacaan Yang Lebih Baik
28 Hari
Apakah anda rasa terbeban, tidak berpuas hati, terperangkap? Inginkah anda memperbaiki kehidupan seharian? Firman Allah adalah panduan ke hari yang lebih cerah. Pelan bacaan ini membantu anda bukan sahaja mencapai hidup yang baik, namun hidup yang lebih baik yang Allah ingin kurniakan kepada anda.