Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan MATIUS 5:5
Segalanya Tenang: Menerima Rehat Yesus Pada Hari Natal Ini
5 Hari
Ini adalah musim untuk bergirang, tetapi juga amat sibuk. Luangkanlah masa untuk berehat dan untuk penyembahan yang akan memelihara anda sepanjang kerja yang menggembirakan pada musim ini. Berdasarkan buku Unwrapping the Names of Jesus: An Advent Devotional, pelan renungan 5 hari ini akan memimpin anda untuk menerima rehat Yesus pada hari Natal ini dengan mengambil masa untuk mengingati kebaikan-Nya, menyatakan kekurangan anda, mencari ketenangan-Nya, dan mempercayai kesetiaan-Nya.
Bertumbuh dalam Kasih
5 Hari
Hal yang betul-betul penting ialah mengasihi Allah dan orang lain, tetapi bagaimanakah kita berbuat demikian secara berkesan? Sebenarnya, kita tidak dapat mengasihi orang lain dengan baik dengan kuasa sendiri. Namun, apabila kita memandang Allah dan merendahkan diri, kita boleh hidup daripada kasih Allah yang autentik dan berkuasa. Ketahui lebih lanjut tentang bertumbuh dalam kasih dalam Pelan Alkitab 5 hari daripada Pastor Amy Groeschel ini.
Mengejar Sesuatu yang Tidak Mungkin Tercapai
7 Hari
Kita semua mengejar sesuatu. Biasanya sesuatu yang tidak dapat dicapai—pekerjaan yang lebih baik, rumah yang lebih selesa, keluarga yang sempurna, penerimaan orang lain. Walau bagaimanapun, tidakkah ini memenatkan? Adakah terdapat cara yang lebih baik? Ketahui dalam Pelan Alkitab Life.Church yang baru ini, bersama-sama siri khutbah Pastor Craig Groeschel, Chasing Carrots.
21 hari berpuasa
21 hari
Mulakan hari anda dengan memfokuskan diri kepada ciri kerohanian dalam berpuasa. Pelan ini mempunyai beberapa petikan mengenai puasa dan lain-lain yang mempengaruhi kepada refleksi dan pendekatan diri kepada Allah. Selama 21 hari, anda akan diberikan pembacaan alkitab harian, renungan ringkas, soalan refleksi dan doa-doa yang berkaitan.
Sukacita untuk Semua Musim
30 Hari
Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.