Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan MATIUS 26:41
Doa Yesus
5 Hari
Kita menyedari kepentingan komunikasi dalam hubungan, dan hubungan kita dengan Allah tidak terkecuali. Allah ingin kita berkomunikasi dengan-Nya dalam doa—satu disiplin yang diamalkan oleh anak-Nya, Yesus, juga. Dalam pelan ini, anda akan mempelajari daripada contoh Yesus, dan dicabar untuk melangkah keluar daripada trafik kehidupan dan mengalami sendiri kekuatan dan pimpinan yang diberikan doa.
Kerana Kegembiraan yang Menantikan-Nya: Renungan Hari Paska
8 Hari
Minggu terakhir kehidupan Yesus bukanlah minggu yang biasa. Ia merupakan masa yang dipenuhi perpisahan pahit manis, pemberian yang berlebih-lebihan, pengkhianatan yang kejam dan doa yang menggegarkan syurga. Alamilah minggu ini, daripada hari Ahad Palma hingga Kebangkitan yang luar biasa, semasa kita membaca catatan Alkitab bersama-sama. Kita akan bersorak bersama orang ramai di jalan Yerusalem, berteriak kemarahan pada Yudas dan askar Roma, menangis bersama wanita di Salib, dan meraikan fajar hari Paska menyingsing!
Doa
21 hari
Pelajarilah cara terbaik berdoa, dari doa orang beriman serta juga dari perkataan Yesus sendiri, dan terimalah galakan untuk terus membawa permintaan anda kepada Allah setiap hari, dengan penuh kesabaran. Bacalah contoh doa sia-sia yang memuliakan diri, berbanding kepada doa murni dari hati yang bersih. Sentiasalah berdoa.