Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan YOSUA 1:8
Jalan Allah ke Kejayaan
3 Hari
Semua orang mencari-cari kejayaan, tetapi banyak orang tidak menemuinya kerana apa yang dikejar ialah pemahaman yang palsu tentang maksud sebenar hidup yang berjaya. Untuk menemui kejayaan yang sebenar, anda perlu memakukan pandangan anda pada definisi Allah tentang maksudnya. Biarlah pengarang yang bukunya laris, Tony Evans, untuk menunjukkan kepada anda jalan ke kejayaan kerajaan yang sebenar dan cara menemuinya.
Mempelajari Disiplin Rohani
4 Hari
Dalam pelan ini, anda dan anak anda akan meneliti empat disiplin rohani: berpuasa, bertafakur, mengkaji Alkitab, dan bersembah. Anda akan didorong untuk berbual secara jujur tentang cabaran mengamalkan disiplin ini, dan melalui aktiviti yang menawan dan merangsang fikiran, anda akan mula melihat disiplin ini lebih sebagai hak istimewa daripada kerja. Setiap hari termasuk peringatan doa, bacaan dan penjelasan Alkitab yang ringkas, aktiviti praktikal, dan soalan perbincangan.
Meluangkan Masa untuk Berehat
5 hari
Gila kerja dan kesibukan tidak henti-henti kerap dipuji dalam dunia kita, dan berehat agak mencabar. Demi menjalankan peranan dan rancangan kita secara berkesan, kita mesti belajar berehat jika tidak kita tidak ada apa pun yang tinggal untuk disumbangkan kepada orang yang dikasihi dan kepada matlamat yang ditetapkan. Marilah menghabiskan masa lima hari seterusnya untuk belajar tentang rehat dan bagaimana kita boleh memasukkan apa yang dipelajari dalam kehidupan kita.
Besi Mengasah Besi: Pementoran Life-to-Life® dalam Perjanjian Lama
5 Hari
Inginkah anda "menjadikan murid yang menjadikan murid," untuk mematuhi mandat Yesus dalam Amanat Agung (Matius 28:18-20)? Jika ya, anda mungkin mendapati sukar untuk menemui model peranan untuk proses ini. Teladan siapakah yang boleh diikut? Apakah maksudnya menjadikan murid dalam kehidupan sehari-hari? Marilah kita merujuk Perjanjian Lama untuk melihat bagaimana lima orang lelaki dan perempuan melabur dalam orang lain, Life-to-Life®.
Meluangkan Tempat untuk Hal yang Penting: 5 Tabiat Rohani untuk Pra-Paskah
7 Hari
Pra-Paskah: musim renungan dan pertaubatan selama 40 hari. Ini merupakan niat yang bagus, tetapi apakah maksudnya mengamalkan pra-Paskah? Sepanjang 7 hari seterusnya, ketemukan lima tabiat rohani yang boleh anda mulakan semasa pra-Paskah untuk membantu anda menyediakan hati untuk hari Ahad Kebangkitan—dan seterusnya.
Keberanian
1 Minggu
Ketahuilah ajaran Alkitab tentang kegagahan dan keyakinan. Pelan Bacaan "Keberanian" mengingatkan orang beriman tentang identiti mereka di dalam Kristus dan di dalam kerajaan Allah. Bila kita hak milik Allah, kita bebas terus mendekatiNya. Baca sekali lagi - ataupun baca kali pertama - jaminan yang memastikan tempat anda di dalam keluarga Allah.
Sukacita yang Menggoncangkan
31 Hari
Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.