Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan YOHANES 1:14

5 Doa Kerendahan Hati
5 Hari
Perlukan lebih banyak kasih kurnia, kemurahan hati, dan berkat Allah? Ucapkan lima doa kerendahan hati ini untuk meminta kemurahan hati Tuhan terhadap anda dan menolong anda. Dia akan menjawab doa anda; Dia memberikan kasih kurnia kepada orang yang rendah hati! Jika anda merendahkan diri di hadapan Tuhan, Dia akan meninggikan anda.

Malam Kudus | 5 Renungan Menjelang Krismas
12 Hari
Adakah anda ingin menyambut Krimas dengan sesuatu yang istimewa? Bacalah renungan istimewa Krismas daripada Our Daily Bread selama 5 hari berturut-turut yang bertajuk Malam Kudus. Semoga renungan ini membantu kita menyediakan hati untuk mengalami makna sebenar Krismas, yang jauh lebih hebat daripada sekadar acara megah pada malam yang kudus.

Berdoa dengan Penuh Rasa Takjub Sepanjang Krismas
7 Hari
Cerita Krismas memberikan kejutan demi kejutan. Walau bagaimanapun, ada kalanya perinciannya menjadi begitu biasa sehinggakan kesannya berkurang. Renungan doa pendek ini membantu anda untuk merenungkan peristiwa yang paling penting dan tidak diduga dalam sejarah: bahawa Allah sendiri telah menjadi manusia di kalangan kita. Setiap doa ditulis oleh David Mathis, ketua editor untuk desiringGod.org dan pastor di Cities Church di Saint Paul, Minnesota.

Kekaguman yang Tak Makan Dek Zaman | Pelan Bacaan Krismas daripada New Life Church
19 Hari
Pelan tiga minggu ini meneliti kekaguman yang tak makan dek zaman terhadap kedatangan Allah kepada kita melalui Anak-Nya, Yesus. Pelan ini direka bentuk untuk bermula pada hari Isnin supaya setiap hujung minggu merangkumi kandungan yang lebih pendek yang dimaksudkan untuk rehat dan renungan pada musim cuti. Sertai kami sementara kami mengkaji maksud kelahiran Kristus terhadap masa depan, masa sekarang dan masa lalu kita.

Keajaiban Krismas
25 Hari
Bagi sesetengah orang, Krismas adalah waktu kegembiraan dan perayaan. Bagi orang lain, Krismas adalah peringatan yang menyakitkan hati akan kehilangan. Walau apa pun yang anda alami pada musim cuti ini, Krismas adalah peluang untuk menumpukan perhatian pada sumber pengharapan kita. Kami menjemput anda untuk menyertai kakitangan North Point untuk 25 hari seterusnya apabila kami berkumpul bersama untuk mengalami keajaiban Krismas. Sertai perbualan melalui #NPDevo.

Adven: Perjalanan ke Hari Natal
25 Hari
Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyedari rancangan Tuhan yang kompleks untuk menyelamatkan dunia daripada dosa dan janji yang digenapi dalam kelahiran Anak-Nya.