Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan KEJADIAN 2:24
Bagaimana Menyimpan Seks untuk Perkahwinan?
3 Hari
Setiap kali seseorang menanya kami jika kami percaya akan seks pranikah, kami memberikan respons "ya dan tidak." Pada mulanya, jawapannya adalah mengelirukan, tetapi memberikan kami peluang untuk mengemukakan hujah yang penting. Allah menegaskan keseksualan kita sebagai manusia dan kita tidak menjadi aseksual dengan tiba-tiba. Atas sebab ini, kami percaya akan keseksualan pranikah. Akan tetapi, kami segera menyusul dengan mengatakan bahawa persetubuhan sebelum berkahwin jelasnya tidak selaras dengan prinsip Allah.
Kursus Pra-Perkahwinan
5 Hari
Perkahwinan yang kuat tidak terbentuk secara automatik. Harapan kami adalah anda akan menyedari sikap, nilai dan tabiat yang diperlukan untuk membina perkahwinan yang sihat dan kuat, yang akan kekal sepanjang hayat. Pelan 5 hari ini diadaptasi daripada Kursus Pra-Perkahwinan yang dihasilkan oleh Nicky dan Sila Lee, penulis The Marriage Book.
Perkahwinan
5 Hari
Perkahwinan adalah hubungan yang mencabar dan mendatangkan kepuasan, dan kita kerap lupa bahawa "Saya setuju" hanyalah permulaannya. Mujurlah, Alkitab mempunyai banyak untuk dikatakan tentang perkahwinan daripada perspektif suami dan juga isteri. Petikan Alkitab ringkas yang anda akan teliti setiap hari dalam pelan ini direka bentuk untuk membantu anda bertumbuh dalam pemahaman anda akan reka bentuk Allah terhadap perkahwinan—dan memperdalamkan hubungan anda dengan pasangan anda semasa itu.