Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan KEJADIAN 1:30
Tabiat
6 Hari
Perubahan tidaklah mudah, tetapi ia tidak juga mustahil. Memulakan beberapa tabiat kecil boleh mengubah cara anda memandang diri sendiri sekarang dan mengubah anda menjadi orang yang diharapkan pada masa depan. Pelan Alkitab Life.Church ini menelusuri Alkitab dengan akronim yang mudah untuk membentuk tabiat harian yang baik dan menjadi kebiasaan.
Apakah Itu Hari Paska?
6 Hari
Pernah seorang lelaki meramalkan kematian-Nya. Dia juga meramalkan bahawa Dia akan mati selama tiga hari sahaja. Ramalan-Nya tepat sekali! Kematian Yesus dan kebangkitan-Nya daripada kematian merupakan kebenaran kisah hari Paska yang mengagumkan. Orang Kristian masih meraikan hari ini. Walau bagaimanapun, apakah maksud hari ini buat anda? Pelan Alkitab ini akan membantu anda memahami misteri dan keindahan hari Paska!
The Quest (Pencarian)
7 Hari
Dalam pelan bacaan 7 hari ini, Beth Moore menggunakan soalan daripada Alkitab untuk memimpin anda kepada keintiman dengan yang Satu yang mengenali anda dengan baik sekali. Tanda baca yang melengkung pada hujung ayat membayangkan sifat ingin tahu, minat, dan mungkin juga keraguan. Satu soalan merupakan jemputan ke arah kerentanan, ke arah keintiman. Alkitab tidak mengelak daripada jemputan tersebut. Berkali-kali kita melihat umat Allah menanya soalan tentang Pencipta mereka. Kita juga melihat Allah alam semesta mengajukan soalan kepada ciptaan-Nya. The Quest (Pencarian) merupakan cabaran untuk menerima jemputan tersebut. Belajar mendalami Firman, memberikan respons terhadap soalan Allah, dan membawa soalan anda kepada-Nya. Biarlah tanda soal menjadi peta yang mengarahkan anda kepada hubungan yang lebih rapat dengan Bapa.
Enam Langkah Menuju Kepemimpinan Terbaik Anda
7 Hari
Bersedia untuk bertumbuh sebagai pemimpin? Craig Groeschel membentangkan enam langkah alkitabiah yang boleh diambil oleh semua orang untuk menjadi seorang pemimpin yang lebih baik. Mendapat tahu tentang satu disiplin untuk dimulakan, keberanian untuk berhenti, seseorang untuk diperkasakan, sistem untuk dibina, hubungan untuk dimulakan, dan risiko yang perlu diambil.