Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan KEJADIAN 1:26
![Bagaimana (Tidak) Menyelamatkan Dunia: Kebenaran Tentang Mendedahkan Kasih Allah kepada Orang di Sisi Anda](/_next/image?url=https%3A%2F%2F%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F27197%2F640x360.jpg&w=1920&q=75)
Bagaimana (Tidak) Menyelamatkan Dunia: Kebenaran Tentang Mendedahkan Kasih Allah kepada Orang di Sisi Anda
5 Hari
Adakah anda berjuang demi orang yang dikasihi dan menunjukkan kepada orang lain betapa berharganya mereka itu kepada Allah? Dalam pelan bacaan 5 hari berdasarkan buku Hosanna Wong, How (Not) to Save the World ini, ketahui bohong yang menghalang anda daripada mengasihi orang lain sebagaimana yang dipanggil oleh Allah. Luangkan masa untuk menerokai jemputan Yesus untuk mengenali Dia dan berkongsi Dia dengan orang lain melalui pengalaman tersendiri anda.
![Tabiat](/_next/image?url=https%3A%2F%2F%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F13743%2F640x360.jpg&w=1920&q=75)
Tabiat
6 Hari
Perubahan tidaklah mudah, tetapi ia tidak juga mustahil. Memulakan beberapa tabiat kecil boleh mengubah cara anda memandang diri sendiri sekarang dan mengubah anda menjadi orang yang diharapkan pada masa depan. Pelan Alkitab Life.Church ini menelusuri Alkitab dengan akronim yang mudah untuk membentuk tabiat harian yang baik dan menjadi kebiasaan.
![Apakah Itu Hari Paska?](/_next/image?url=https%3A%2F%2F%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F19191%2F640x360.jpg&w=1920&q=75)
Apakah Itu Hari Paska?
6 Hari
Pernah seorang lelaki meramalkan kematian-Nya. Dia juga meramalkan bahawa Dia akan mati selama tiga hari sahaja. Ramalan-Nya tepat sekali! Kematian Yesus dan kebangkitan-Nya daripada kematian merupakan kebenaran kisah hari Paska yang mengagumkan. Orang Kristian masih meraikan hari ini. Walau bagaimanapun, apakah maksud hari ini buat anda? Pelan Alkitab ini akan membantu anda memahami misteri dan keindahan hari Paska!
![The Quest (Pencarian)](/_next/image?url=https%3A%2F%2F%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F9245%2F640x360.jpg&w=1920&q=75)
The Quest (Pencarian)
7 Hari
Dalam pelan bacaan 7 hari ini, Beth Moore menggunakan soalan daripada Alkitab untuk memimpin anda kepada keintiman dengan yang Satu yang mengenali anda dengan baik sekali. Tanda baca yang melengkung pada hujung ayat membayangkan sifat ingin tahu, minat, dan mungkin juga keraguan. Satu soalan merupakan jemputan ke arah kerentanan, ke arah keintiman. Alkitab tidak mengelak daripada jemputan tersebut. Berkali-kali kita melihat umat Allah menanya soalan tentang Pencipta mereka. Kita juga melihat Allah alam semesta mengajukan soalan kepada ciptaan-Nya. The Quest (Pencarian) merupakan cabaran untuk menerima jemputan tersebut. Belajar mendalami Firman, memberikan respons terhadap soalan Allah, dan membawa soalan anda kepada-Nya. Biarlah tanda soal menjadi peta yang mengarahkan anda kepada hubungan yang lebih rapat dengan Bapa.
![Yesus Mengasihi Aku](/_next/image?url=https%3A%2F%2F%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F23705%2F640x360.jpg&w=1920&q=75)
Yesus Mengasihi Aku
7 Hari
Jika seseorang menanya anda, "Apa yang perlu saya percaya untuk menjadi orang Kristian?" apakah jawapan anda? Menggunakan lirik mudah lagu yang digemari, "Jesus loves me, this I know, for the Bible tells me so" ("Yesus mengasihi aku, aku tahu, kerana Alkitab mengajar aku"), seorang wartawan yang menjadi pastor membantu anda memahami apa yang anda percaya dan sebabnya. Penulis buku laris John S. Dickerson menerangkan kepercayaan Kristian yang penting secara jelas dan baik serta menunjukkan mengapa kepercayaan tersebut adalah penting.