Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan KISAH RASUL-RASUL 4:18

Satu Perkataan yang akan Mengubah Kehidupan Anda
4 Hari
ONE WORD membantu anda memudahkan kehidupan anda dengan memfokus pada SATU PERKATAAN sahaja sepanjang tahun ini. Kesederhanaan menemui satu perkataan Allah buat anda menjadikannya suatu mangkin untuk perubahan hidup. Keselerakan dan kerumitan membawa kepada pelengahan kerja dan kelumpuhan, sementara kesederhanaan dan fokus membawa kepada kejayaan dan kejelasan. Renungan 4 hari ini menunjukkan kepada anda cara mendekati teras tujuan anda untuk menemukan visi satu perkataan untuk tahun ini.

Lelaki di Salib Tengah: Pelan Bacaan 7 Hari Paskah
7 Hari
Hampir setiap orang bersetuju bahawa dunia ini porak-peranda. Namun, bagaimana kalau ada penyelesaiannya? Pelan Paskah tujuh hari ini bermula dengan pengalaman unik pencuri di salib dan mempertimbangkan mengapa satu-satunya jawapan yang sebenar bagi keporak-perandaan ditemui dalam pelaksanaan hukuman mati seorang lelaki yang tidak bersalah: Yesus, Anak Allah.

Patuh
2 Minggu
Yesus Sendiri berkata bahawa sesiapa yang kasihiNya akan mematuhi ajaranNya. Tidak kira betapa harganya, kepatuhan kita penting kepada Allah. Pelan bacaan "Patuh" menjelaskan pengajaran Alkitab tentang kepatuhan: Bagaimana mengekalkan pemikiran yang utuh, peranan belas kasihan, bagaimana pematuhan membebaskan kita dan merahmati kita, dan selainnya.