Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan 1 TESALONIKA 5:16

7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang Pengasuhan
7 Hari
Membesarkan anak adalah susah, meskipun dalam keadaan yang terbaik. Dalam renungan tujuh hari ini, ibu bapa dunia sebenar — yang juga merupakan kakitangan YouVersion — berkongsi cara mereka menggunakan prinsip daripada Firman Allah dalam aspek kehidupan mereka yang penting ini. Renungan setiap hari termasuk Imej Ayat yang boleh digunakan untuk berkongsi perjalanan anda.

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu
10 Hari
Sama ada anda memuji Allah kerana kasih kurnia-Nya atau bergelut dengan iman anda, Allah akan sentiasa menemui anda dengan kasih, kebenaran, dan kekuatan-Nya yang tidak berubah. Sertailah komuniti wanita yang komited untuk lebih mendekati Allah dan satu sama lain melalui kepercayaan bahawa Dia adalah mencukupi dan akan sentiasa mencukupi.

Doa
21 hari
Pelajarilah cara terbaik berdoa, dari doa orang beriman serta juga dari perkataan Yesus sendiri, dan terimalah galakan untuk terus membawa permintaan anda kepada Allah setiap hari, dengan penuh kesabaran. Bacalah contoh doa sia-sia yang memuliakan diri, berbanding kepada doa murni dari hati yang bersih. Sentiasalah berdoa.

Keajaiban Krismas
25 Hari
Bagi sesetengah orang, Krismas adalah waktu kegembiraan dan perayaan. Bagi orang lain, Krismas adalah peringatan yang menyakitkan hati akan kehilangan. Walau apa pun yang anda alami pada musim cuti ini, Krismas adalah peluang untuk menumpukan perhatian pada sumber pengharapan kita. Kami menjemput anda untuk menyertai kakitangan North Point untuk 25 hari seterusnya apabila kami berkumpul bersama untuk mengalami keajaiban Krismas. Sertai perbualan melalui #NPDevo.

Sukacita yang Menggoncangkan
31 Hari
Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.