Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan 1 YOHANES 1:9

Tony Evans Memeriksa Perdamaian Ras Dengan Teliti
3 Hari
Daripada perpaduan, banyak orang cuma bertolak ansur terhadap ras lain. Mereka cuma bersabar dengan orang lain tanpa keinginan untuk betul-betul berhubungan dengan mereka. Dalam pelan bacaan 3 hari ini, Dr. Tony Evans akan membantu kita berundur daripada toleransi ras dan bergerak ke arah perdamaian. Kita akan berbincang tentang kunci untuk perdamaian alkitabiah yang autentik dan mengapa itu adalah amat penting demi perpaduan sebenar dalam tubuh Yesus Kristus.

Bercakap dengan Allah dalam Doa
4 Hari
Kehidupan berkeluarga mungkinlah sibuk, dan kita mungkin tidak sentiasa meluangkan masa untuk berdoa—apatah lagi ingat hendak membantu anak kita membentuk tabiat melibatkan Allah dalam hari mereka. Dalam pelan ini, keluarga anda akan melihat betapa Allah ingin mendengar daripada kita dan bagaimana doa menguatkan hubungan kita dengan-Nya dan sesama satu sama lain. Setiap hari termasuk doa pendek, bacaan dan penjelasan Alkitab yang ringkas, aktiviti praktikal, dan perbincangan soalan.

Tindakan Pertaubatan
5 Hari
Bertaubat merupakan suatu tindakan utama ketika kita mengenali Kristus sebagai Penyelamat peribadi kita. Pertaubatan adalah tindakan kita dan ampun adalah tindakbalas Allah kerana kasihNya yang sempurna. Pelan bacaan 5-hari ini menyediakan bacaan Alkitab harian serta meditasi agama yang ringkas untuk membantu anda memahami kepentingan bertaubat dalam perjalanan kita bersama Kristus.

Musuh Hati
5 Hari
Sebagaimana hati fizikal yang tidak sihat boleh memusnahkan tubuh anda, hati yang tidak sihat dari segi emosi dan rohani boleh memusnahkan anda dan hubungan anda. Sepanjang lima hari seterusnya, biarlah Andy Stanley membantu anda untuk meneliti diri anda untuk mengesan empat musuh biasa hati — rasa bersalah, kemarahan, ketamakan, dan kecemburuan — dan mengajar anda cara menyingkirkannya.

Hidup Seperti Yesus
5 Hari
Jika kita mahu berkongsi Yesus dengan orang lain, kita harus hidup seperti Dia, cinta seperti Dia, dan mendengar seperti Dia. Dalam Pelan lima hari ini, kita akan melihat kehidupan Yesus dengan lebih dekat untuk mengetahui bagaimana kita harus menjalani hidup.

Kebebasan Daripada Dosa
5 Hari
Setiap orang membuat kesilapan. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang tidak suka memanggil kesilapan mereka itu "dosa", walaupun itu memanglah dosa. Dalam Pelan ini, kita akan mempelajari apa itu dosa, mengapa kita melakukannya, dan bagaimana kita boleh memilih untuk hidup dengan cara yang berbeza. Kita boleh bergantung pada harapan bahawa walau apa pun yang pernah kita lakukan dalam hidup kita, tiada dosa yang tidak dapat diampunkan oleh Allah.

Dari Hari Ini oleh Craig & Amy Groeschel
7 Hari
Anda boleh memiliki perkahwinan yang baik. Pilihan yang anda buat pada hari ini akan menentukan perkahwinan anda pada masa depan. Pastor dan penulis terlaris New York Times Craig Groeschel dan isterinya, Amy, menunjukkan lima komitmen yang dapat membantu anda kalis gagal perkahwinan anda: Cari Allah, bertengkar secara adil, berseronok, kekalkan kesucian, dan jangan putus asa. Miliki perkahwinan yang anda inginkan, bermula dari sekarang - dari hari ini.