Allah mendengar suara anak itu, lalu malaikat Allah memanggil Hagar dari langit. Sabda-Nya kepadanya, “Ada apa dengan kamu, Hagar? Jangan takut, kerana Allah mendengar suara anak itu dari tempat dia direbahkan itu. Bangkitlah, angkatlah anak itu, dan tuntunlah dia, kerana Aku akan menjadikannya satu bangsa yang besar.”