Para tua-tua orang Yahudi pun meneruskan pembinaan itu dengan baik, di bawah sokongan nubuat Nabi Hagai dan Zakharia anak Ido. Mereka terus membina dan menyelesaikan bait itu menurut perintah Allah Israel, serta menurut ketetapan para raja Parsi, iaitu Kores, Darius, dan Artahsasta.