1
KEJADIAN 3:6
Alkitab Berita Baik Protestant Bible
Perempuan itu nampak bahawa pokok itu cantik dan buahnya enak dimakan. Dia berfikir betapa baiknya jika dia menjadi bijaksana. Oleh itu dia memetik buah pokok itu dan memakannya. Dia juga memberikan buah pokok itu kepada suaminya, dan suaminya pun makan buah itu.
Vertaa
Tutki KEJADIAN 3:6
2
KEJADIAN 3:1
Ular ialah binatang yang paling licik antara semua binatang yang dijadikan oleh TUHAN Allah. Ular itu bertanya kepada perempuan itu, “Benarkah Allah melarang kamu makan buah daripada sebarang pokok di taman ini?”
Tutki KEJADIAN 3:1
3
KEJADIAN 3:15
Engkau dan perempuan itu akan saling membenci; keturunannya dan keturunanmu akan sentiasa bermusuhan. Keturunannya akan meremukkan kepalamu dan engkau akan mematuk tumit mereka.”
Tutki KEJADIAN 3:15
4
KEJADIAN 3:16
TUHAN Allah berfirman kepada perempuan itu, “Aku akan menambah kesusahanmu semasa engkau hamil, dan juga kesakitanmu pada masa engkau bersalin. Walaupun demikian, engkau akan tetap berahi kepada suamimu, namun engkau akan tunduk kepadanya.”
Tutki KEJADIAN 3:16
5
KEJADIAN 3:19
Engkau akan bekerja keras dan berpeluh-peluh untuk membuat tanah ini menghasilkan sesuatu, sampai engkau kembali ke tanah kerana engkau dibentuk daripada tanah. Engkau dijadikan daripada tanah, dan engkau akan kembali ke tanah.”
Tutki KEJADIAN 3:19
6
KEJADIAN 3:17
Kemudian TUHAN Allah berfirman kepada lelaki itu, “Engkau mendengarkan kata-kata isterimu, lalu makan buah yang Aku larang engkau makan. Oleh sebab perbuatanmu itu, terkutuklah tanah. Engkau mesti bekerja keras seumur hidupmu agar tanah ini dapat menghasilkan makanan yang cukup.
Tutki KEJADIAN 3:17
7
KEJADIAN 3:11
“Siapa yang memberitahukan bahawa engkau bertelanjang?” tanya Allah. “Adakah engkau makan buah yang terlarang itu? Aku sudah melarang engkau makan buah itu.”
Tutki KEJADIAN 3:11
8
KEJADIAN 3:24
Kemudian di sebelah timur taman itu, TUHAN Allah menempatkan kerub, dan sebilah pedang berapi yang berpusing ke segala arah, untuk mengawal jalan ke pokok yang memberi hidup. Dengan demikian seorang pun tidak dapat masuk dan menghampiri pokok itu.
Tutki KEJADIAN 3:24
9
KEJADIAN 3:20
Adam menamakan isterinya Hawa, kerana perempuan itu menjadi ibu segenap umat manusia.
Tutki KEJADIAN 3:20
Koti
Raamattu
Suunnitelmat
Videot