Selepas itu Mordekhai mencatatkan kejadian itu. Dia mengirim surat kepada semua orang Yahudi, baik yang dekat mahupun yang jauh, di seluruh Kerajaan Persia. Dia menyuruh mereka merayakan hari keempat belas dan hari kelima belas bulan Adar pada tiap-tiap tahun. Hal itu demikian kerana pada hari itulah mereka telah mengalahkan musuh, sehingga kesedihan dan kepedihan mereka berubah menjadi kegembiraan dan kebahagiaan. Oleh itu, mereka harus merayakan hari-hari itu dengan pesta dan jamuan serta saling memberikan makanan, dan memberikan sedekah kepada orang miskin.