YouVersion Logo
Search Icon

ROMA 15:1-7

ROMA 15:1-7 BM

Kita yang mempunyai iman teguh harus menolong orang yang lemah keyakinan untuk memikul beban mereka. Janganlah kita lakukan hal-hal yang menyenangkan hati kita sahaja. Sebaliknya setiap orang daripada kita harus menyenangkan hati saudaranya bagi kebaikannya, supaya imannya menjadi semakin teguh. Kita berbuat demikian, kerana Kristus pun tidak memikirkan kesenangan diri-Nya sendiri. Di dalam Alkitab tertulis, “Segala cercaan yang ditujukan kepada-Mu kena padaku.” Segala yang tertulis di dalam Alkitab adalah untuk mengajar kita, supaya kita mempunyai harapan kerana ajaran daripada Alkitab menyebabkan kita bersabar dan berteguh hati. Semoga Allah yang menyebabkan kamu bersabar dan berteguh hati, membolehkan kamu hidup seia sekata menurut teladan Kristus Yesus. Dengan demikian kamu semua sama-sama dapat memuji Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus. Sebagaimana Kristus sudah menyambut kamu, sambutlah satu sama lain untuk memuliakan Allah.