Lagu ziarah. Dari jurang kesusahan, aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN. Ya TUHAN, dengarlah rintihanku, dengarlah seruanku minta tolong. Jika Engkau terus mengingat dosa-dosa kami, siapakah yang dapat terlepas daripada hukuman? Tetapi Engkau mengampuni kami, supaya kami hormat dan taat kepada-Mu. Aku menanti-nantikan pertolongan TUHAN, dan berharap kepada firman-Nya. Aku menantikan Tuhan, lebih daripada penjaga malam menantikan subuh, lebih daripada penjaga malam menantikan fajar. Hai Israel, berharaplah kepada TUHAN, kerana Dia tetap mengasihi dan sentiasa bersedia menyelamatkan kamu. Dia akan menyelamatkan umat-Nya Israel daripada segala dosa mereka.
Read MAZMUR 130
Share
Compare All Versions: MAZMUR 130:1-8
Save verses, read offline, watch teaching clips, and more!
YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy
Home
Bible
Plans
Videos