YouVersion Logo
Search Icon

MAZMUR 100

100
Lagu Pujian
1Mazmur kesyukuran.
Bernyanyilah untuk TUHAN, hai penduduk dunia!
2Sembahlah TUHAN dengan sukacita;
datanglah ke hadirat-Nya dengan lagu-lagu gembira!
3Akuilah bahawa TUHAN itu Allah.
Dia mencipta kita, dan kita kepunyaan-Nya;
kita umat-Nya, bangsa yang dipelihara-Nya.
4Masuklah melalui pintu gerbang-Nya dengan ucapan syukur,
pergilah ke halaman Rumah-Nya dengan pujian.
Bersyukurlah kepada-Nya dan pujilah Dia.
5 TUHAN itu baik;
Dia tetap mengasihi umat-Nya
dan setia kepada mereka selama-lamanya.

Currently Selected:

MAZMUR 100: BM

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in