AYUB 40
40
1-2Ayub, engkau menentang Allah Yang Maha Kuasa;
mahukah engkau mengalah,
atau mahukah engkau membantah?”
Ayub
3Maka Ayub menjawab TUHAN,
4“Aku telah bercakap seperti orang bodoh, ya TUHAN.
Jawapan apakah yang dapat aku berikan?
Tiada lagi yang hendak aku katakan.
5Aku telah berkata lebih daripada yang sepatutnya.”
TUHAN
6Kemudian dari ribut, TUHAN berfirman lagi kepada Ayub,
7“Sekarang bertindaklah sebagai lelaki,
dan jawablah soalan-soalan-Ku ini.
8Adakah engkau cuba membuktikan bahawa Aku tidak adil,
dan menyalahkan Aku dengan membenarkan dirimu?
9Adakah engkau sekuat Aku?
Bolehkah suaramu mengguntur sekuat suara-Ku?
10Jika demikian, bangkitlah dengan hormat dan megah;
selubungilah dirimu dengan kebesaran dan kemuliaan.
11Perhatikanlah orang yang sombong;
curahkanlah kemarahanmu dan hinakanlah mereka.
12Ya, pandanglah orang yang sombong dan tundukkanlah mereka;
hancurkanlah orang jahat sekarang juga.
13Kuburkanlah mereka semua di dalam tanah;
kurunglah mereka di dunia orang mati.
14Lalu engkau akan Kupuji,
kerana engkau telah menang dengan usahamu sendiri.
15Perhatikanlah Behemot, makhluk raksasa itu,
yang juga ciptaan-Ku, seperti engkau.
Behemot makan rumput seperti lembu,
16tetapi perhatikanlah tenaga pada badannya,
dan kekuatan pada ototnya.
17Ekornya tegak seperti pokok sedar,
dan otot di kakinya sangat kuat.
18Tulangnya kuat seperti gangsa,
dan kakinya umpama batang besi.
19Itulah makhluk yang paling menakjubkan antara segala ciptaan Allah.
Behemot hanya dapat dikalahkan oleh Penciptanya.
20Di gunung tempat haiwan buas bermain,
rumput tumbuh untuk memberinya makanan.
21Makhluk itu berbaring di bawah belukar berduri,
dan bersembunyi di antara gelagah di paya.
22Belukar berduri dan pokok gandarusa di tepi anak sungai
memberi tempat teduh kepadanya.
23Arus Sungai Yordan yang deras tidak ditakutinya,
air yang memukul mukanya dihadapinya dengan tenang sahaja.
24Siapakah yang dapat membutakan matanya,
lalu menangkapnya dengan menjerat muncungnya?
Currently Selected:
AYUB 40: BM
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.