YouVersion Logo
Search Icon

2 RAJA-RAJA 2:5-12

2 RAJA-RAJA 2:5-12 BM

Sekumpulan nabi yang tinggal di Yerikho menghampiri Elisa lalu bertanya kepadanya, “Adakah engkau tahu bahawa TUHAN akan mengambil tuanmu daripadamu pada hari ini?” Elisa menjawab, “Aku tahu, tetapi janganlah kita sebutkan hal itu.” Setelah itu Elia berkata kepada Elisa, “Tinggallah di sini; TUHAN telah memerintah aku pergi ke Sungai Yordan.” Tetapi Elisa menjawab, “Saya bersumpah demi kesetiaan saya kepada TUHAN yang hidup dan kepada tuan bahawa saya tidak akan meninggalkan tuan.” Oleh itu mereka meneruskan perjalanan. Lima puluh orang daripada kumpulan nabi mengikuti mereka ke Sungai Yordan. Elia dan Elisa berhenti di tepi sungai, dan lima puluh orang nabi itu berdiri tidak berapa jauh dari situ. Kemudian Elia menanggalkan jubahnya, menggulungnya, lalu memukul air sungai dengan gulungan itu. Kemudian air sungai itu terbelah dua sehingga Elia dan Elisa dapat menyeberangi sungai dengan berjalan di atas dasar yang kering. Di situ Elia berkata kepada Elisa, “Katakanlah apa yang engkau mahu aku lakukan untukmu sebelum aku dibawa pergi.” Elisa menjawab, “Benarkanlah saya mewarisi kuasa tuan supaya saya boleh menjadi pengganti tuan.” Elia berkata, “Permintaan itu susah dikabulkan. Tetapi jika engkau nampak aku ketika aku dibawa pergi, engkau akan menerima permintaanmu. Jika tidak, engkau tidak akan menerimanya.” Mereka terus bercakap-cakap sambil meneruskan perjalanan. Tiba-tiba sebuah kereta kuda berapi yang ditarik oleh beberapa kuda berapi memisahkan mereka, lalu Elia diangkat ke syurga oleh angin puting beliung. Elisa nampak hal itu, lalu berseru kepada Elia, “Bapaku, bapaku! Pembela kuat Israel! Bapa sudah pergi!” Maka hilanglah Elia dari pemandangan Elisa. Dengan dukacita Elisa mengoyak jubahnya menjadi dua sobekan.

Free Reading Plans and Devotionals related to 2 RAJA-RAJA 2:5-12