YouVersion Logo
Search Icon

AYUB 2:11-13

AYUB 2:11-13 BMDC

Tiga orang sahabat Ayub, iaitu Elifas dari kota Teman, Bildad dari negeri Suah, dan Zofar dari negeri Naamah mendengar tentang penderitaan Ayub. Kemudian mereka memutuskan untuk berkumpul dan pergi menghiburkan Ayub. Ketika mereka masih jauh, mereka nampak Ayub, tetapi tidak mengenali dia. Apabila mereka menyedari bahawa orang itu Ayub, mereka menangis dan meraung. Mereka mengoyakkan pakaian kerana sedih, dan menaburkan debu ke udara dan pada kepala mereka. Kemudian mereka duduk di atas tanah bersama-sama Ayub selama tujuh hari dan tujuh malam tanpa mengeluarkan sepatah kata pun kerana mereka tahu betapa beratnya penderitaan Ayub.

Related Videos