YouVersion Logo
Search Icon

Wahyu 22:1-5

Wahyu 22:1-5 AVB

Dia menunjukkan kepadaku sebatang sungai air hidup, jernih seperti hablur, mengalir dari takhta Allah dan Anak Domba di tengah-tengah kota itu. Di kiri kanan sungai itu terdapat pokok hayat, yang berbuah dua belas jenis setiap bulan; daun-daunnya menyembuhkan umat manusia. Segala yang terlaknat tiada lagi. Takhta Allah dan Anak Domba ada di dalam kota itu, dan hamba-hamba-Nya beribadat kepada-Nya. Mereka melihat wajah-Nya, dan nama-Nya tersurat pada dahi mereka. Malam tiada lagi, dan cahaya pelita serta cahaya matahari tidak diperlukan lagi. Kerana Tuhan Allah akan menerangi mereka dan sekaliannya bertakhta selama-lamanya.