YouVersion Logo
Search Icon

Wahyu 21:23-27

Wahyu 21:23-27 AVB

Kota itu tidak memerlukan sinaran matahari dan bulan, kerana kemuliaan Allah meneranginya dan Anak Domba itu pelitanya. Semua bangsa berjalan dalam cahayanya, dan raja-raja di bumi membawa kemuliaan mereka ke dalamnya. Pintu gerbangnya tidak pernah ditutup pada siang hari kerana malam tiada lagi. Kemuliaan dan kehormatan segala bangsa akan dibawa ke dalamnya. Tiada sekali-kali masuk ke dalamnya sesuatu yang najis atau sesiapa yang melakukan perbuatan keji atau berdusta. Manusia yang masuk ke dalamnya hanyalah yang tersurat namanya di dalam Kitab Hidup Anak Domba.