Mazmur 32:1-7
Mazmur 32:1-7 AVB
Diberkatilah orang yang diampuni kemungkarannya, dan yang dihapuskan dosa-dosanya. Diberkatilah orang yang dosanya tidak diperhitungkan TUHAN dan yang tiada penipuan dalam hatinya. Ketika aku membisu, tulang-tulangku kian uzur akibat rintihanku sepanjang hari. Kerana siang malam hukuman-Mu berat menekanku; tenagaku hilang bagaikan kemarau musim panas. Sela Lalu aku mengakui dosaku kepada-Mu dan tidak menyembunyikan kejahatan dosaku. Kataku, “Aku akan mengakui keingkaranku kepada TUHAN” — maka Engkau mengampunkan dosaku. Sela Oleh itu, setiap orang yang warak hendaklah berdoa kepada-Mu ketika Engkau masih dapat dicari; apabila banjir besar melanda, tentulah dia akan terselamat. Engkau tempatku berlindung; Engkau akan menaungiku daripada kesusahan Engkau akan memeliharaku dengan nyanyian penyelamatan. Sela