Amsal 2:1-11
Amsal 2:1-11 AVB
Hai anakku, jika engkau menerima kata-kataku dan menyimpan perintah-perintahku dalam dirimu, mengarahkan telingamu kepada hikmah, dan mencenderungkan hatimu kepada pengertian; jika engkau berseru memohon pengertian, dan mengangkat suaramu memohon pengertian; jika engkau mencarinya seperti perak, dan menggalinya seperti menggali harta terpendam, maka engkau akan memahami apa ertinya takut kepada TUHAN serta memperoleh pengetahuan tentang Allah. Kerana TUHAN sajalah yang mengurniakan hikmah, dan daripada mulut-Nyalah datang pengetahuan serta pengertian. Dia menyimpan hikmah bagi orang yang lurus, dan menjadi perisai bagi mereka yang hidup dalam keikhlasan. Dia menjaga jalan keadilan, dan memelihara jalan orang salih-Nya. Maka engkau akan memahami apa yang benar, adil, dan saksama serta segala jalan kebaikan, kerana hikmah akan masuk ke dalam hatimu, dan pengetahuan akan menyenangkan jiwamu. Budi bicara menjadi pengawas kamu, dan pengertian akan menjaga kamu