YouVersion Logo
Search Icon

Bilangan 13:27-33

Bilangan 13:27-33 AVB

Kepada Musa mereka bercerita demikian, “Kami telah sampai ke negeri tempat tuan utus kami. Memang negeri itu berlimpah-limpah susu dan madu. Inilah hasil buah-buahannya. Hanya, bangsa yang mendiami negeri itu sangat kuat. Kota-kota mereka pun berkubu dan amat besar. Kami juga melihat keturunan orang Enak di sana. Bani Amalek tinggal di Tanah Negeb. Bani Het, bani Yebus, dan bani Amori tinggal di pergunungan, sedangkan bani Kanaan tinggal di pesisir dan di tepi Sungai Yordan.” Kaleb berusaha menenangkan hati bangsa itu di depan Musa, katanya, “Kita harus maju dan menduduki negeri itu, kerana kita pasti dapat mengalahkannya!” Akan tetapi, orang yang pergi bersama-samanya berkata, “Kita tidak dapat menyerang bangsa itu, kerana mereka lebih kuat daripada kita!” Lalu mereka menyampaikan laporan buruk kepada orang Israel tentang negeri yang diintip mereka itu, kata mereka, “Negeri yang kami jelajahi untuk diintai itu ialah negeri yang memakan penduduknya. Semua orang yang kami lihat di situ tinggi-tinggi belaka. Kami melihat pula di sana orang Nefilim, iaitu keturunan Enak yang berasal daripada orang Nefilim. Di mata kami sendiri diri kami seperti belalang sahaja dan begitu jugalah di mata mereka.”

Video for Bilangan 13:27-33