YouVersion Logo
Search Icon

Markus 6:1-6

Markus 6:1-6 AVB

Yesus beredar dari situ lalu pulang bersama murid-murid-Nya ke kampung halaman-Nya. Pada hari Sabat Dia mula mengajar di saumaah. Ramai di situ hairan mendengar ajaran Yesus. “Dari manakah Dia memperoleh semua ini?” tanya mereka. “Apakah kebijaksanaan yang ada pada-Nya? Bagaimanakah Dia dapat melakukan mukjizat? Bukankah Dia ini tukang kayu, anak kepada Maria, saudara kepada Yakobus, Yoses, Yudas dan Simon? Bukankah saudara-saudara perempuan-Nya tinggal di sini?” Oleh itu, mereka enggan menerima-Nya. Yesus berkata kepada mereka, “Seorang nabi dihormati di mana-mana kecuali di kampung halamannya, antara sanak saudaranya dan dalam keluarganya sendiri.” Dia tidak dapat melakukan satu mukjizat pun di situ. Dia hanya menyembuhkan beberapa orang sakit dengan meletakkan tangan-Nya pada mereka. Dia sungguh hairan bahawa mereka tidak percaya.