YouVersion Logo
Search Icon

Matius 23:23-33

Matius 23:23-33 AVB

Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu memberikan sepersepuluh daripada pelbagai jenis rempah seperti selasih, adas manis dan jintan kepada Allah. Tetapi kamu tidak mematuhi ajaran Taurat yang benar-benar penting seperti keadilan, belas kasihan dan kesetiaan. Kamu harus mengerjakan semua ini tanpa melalaikan ajaran yang lain. Hai pemimpin yang buta! Agas kamu tapis, tetapi unta kamu telan. Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu membersihkan bahagian luar cawan dan pinggan, sedangkan bahagian dalamnya penuh dengan hasil kekerasan dan kerakusanmu. Hai orang Farisi yang buta hati! Bersihkan bahagian dalam cawan itu, bahagian luarnya akan bersih juga. Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu seperti kubur yang bercat putih: cantik di luar tetapi di dalamnya penuh dengan tulang mayat dan segala macam kekotoran. Begitulah kamu! Pada lahirnya kamu orang yang benar, tetapi sebenarnya kamu durjana dan munafik.” “Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu membina makam yang indah untuk nabi-nabi dan menghiasi kubur orang yang benar. Kamu berkata, ‘Kalaulah kami hidup pada zaman nenek moyang kami dahulu, tentu kami tidak akan mengikut perbuatan mereka yang menumpahkan darah para nabi.’ Jadi, kamu sendiri memberikan kesaksian bahawa kamu keturunan pembunuh nabi! Kalau begitu, teruskan dan sempurnakanlah apa yang dimulakan oleh nenek moyangmu! Hai kamu ular, bahkan kamu bagaikan ular kapak berbisa! Bagaimana kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman neraka?

Video for Matius 23:23-33