YouVersion Logo
Search Icon

Matius 20:20-28

Matius 20:20-28 AVB

Setelah itu, isteri Zebedeus datang mendapatkan Yesus dengan kedua-dua orang anaknya. Dia bersujud di hadapan Yesus dan memohon sesuatu. “Apakah permintaanmu?” tanya Yesus. Ibu itu menjawab, “Berjanjilah bahawa apabila Engkau menjadi raja, kedua-dua orang anakku itu akan duduk dalam kerajaan-Mu di kiri dan kanan-Mu.” Yesus berkata kepada kedua-dua anak lelaki ibu itu, “Kamu tidak tahu apa yang kamu minta itu. Sanggupkah kamu minum dari cawan yang akan Kuminum?” “Sanggup,” jawab mereka. Yesus berkata kepada mereka, “Memang kamu akan minum dari cawan-Ku. Tetapi untuk duduk di kiri dan kanan-Ku, bukanlah Aku memberikannya, tetapi tempat itu milik mereka yang telah disediakan oleh Bapa-Ku.” Apabila sepuluh murid Yesus yang lain mendengar perkara itu, mereka marah kepada dua orang saudara itu. Oleh itu, Yesus memanggil mereka kepada-Nya lalu berkata, “Kamu tahu bahawa pemerintah bangsa asing memerintah rakyat dengan kuku besi, dan orang besar melaksanakan kekuasaan ke atas mereka. Ini tidak harus berlaku dalam kalanganmu. Sesiapa yang ingin menjadi orang besar dalam kalanganmu mestilah melayan kamu. Sesiapa yang ingin menjadi orang yang pertama dalam kalanganmu, haruslah menjadi hambamu. Demikianlah Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayan, tetapi untuk melayan, dan untuk menyerahkan nyawa-Nya sebagai tebusan bagi ramai orang.”

Video for Matius 20:20-28