Lukas 10:38-42
Lukas 10:38-42 AVB
Yesus dan murid-murid-Nya meneruskan perjalanan dan sampai di sebuah kampung. Seorang perempuan yang bernama Marta menyambut Dia ke rumahnya. Maria, adik Marta, duduk sahaja untuk mendengar pengajaran Tuhan tetapi Marta pula sibuk melayani mereka. Marta menghampiri Yesus dan berkata, “Tuhan, tidakkah Engkau peduli bahawa adikku membiarkan aku membuat semua kerja ini seorang diri? Suruhlah dia menolong aku.” Tuhan menjawab, “Marta, Marta, engkau khuatir dan bersusah payah tentang banyak perkara. Tetapi satu perkara sahaja yang diperlukan. Maria telah memilih perkara baik itu yang tidak akan diambil daripadanya.”