YouVersion Logo
Search Icon

Ayub 13:1-12

Ayub 13:1-12 AVB

“Sesungguhnya, mataku sudah melihat semua itu, telingaku sudah mendengar dan memahaminya. Apa yang kamu ketahui, kuketahui juga, aku tidak kurang daripada kamu. Namun demikian, aku hendak berbicara kepada Yang Maha Kuasa, aku ingin berperkara dengan Allah. Tetapi kamu, kamu yang menutupi kebohongan, kamu semua tabib yang tidak berguna! Andai kamu berdiam diri sahaja, itu akan menjadi hikmahmu. Dengarlah pembelaanku dan perhatikanlah bantahan bibirku. Patutkah kamu berbicara tidak benar atas nama Allah, dan mengucapkan dusta bagi Dia? Apakah kamu hendak memihak kepada-Nya? Apakah kamu hendak berbantah bagi Allah? Adakah kamu akan baik-baik sahaja kalau Dia memeriksa kamu? Dapatkah kamu menipu Dia seperti menipu manusia? Pasti Dia akan menegur kamu jika kamu memihak secara sembunyi-sembunyi. Bukankah keluhuran-Nya akan membuatmu gentar, dan ketakutan terhadap-Nya akan menimpa kamu? Mana-mana peringatanmu ialah pepatah-pepatah daripada debu, pembelaan dirimu ialah pembelaan daripada tanah liat.

Related Videos