YouVersion Logo
Search Icon

Yohanes 5:1-9

Yohanes 5:1-9 AVB

Setelah itu, Yesus pergi ke Yerusalem pada masa suatu perayaan Yahudi. Di Yerusalem, berdekatan Pintu Domba, ada sebuah kolam yang dipanggil Baithasda dalam bahasa Ibrani. Kolam ini dikelilingi lima buah serambi. Di setiap serambi itu ramai orang sakit dan cacat berbaring — ada yang buta, ada yang tempang dan ada yang lumpuh — menunggu air kolam itu berkocak. Sekali-sekala malaikat Tuhan akan turun mengocak air kolam itu. Sesiapa yang pertama masuk ke dalam kolam itu ketika airnya berkocak akan sembuh daripada penyakitnya. Dalam kalangan mereka ada seorang lelaki yang telah sakit selama tiga puluh lapan tahun. Yesus melihatnya terbaring di situ dan mengetahui bahawa dia telah sakit demikian lamanya. Yesus bertanya kepadanya, “Inginkah kamu sembuh?” Orang sakit itu menjawab, “Tuan, tiada siapa pun di sini yang dapat memasukkan aku ke dalam kolam itu ketika airnya berkocak. Setiap kali aku cuba masuk, orang lain telah masuk dahulu.” Yesus berkata kepadanya, “Bangun, angkat tikarmu, dan berjalanlah.” Serta-merta orang itu sembuh lalu mengangkat tikarnya dan berjalan. Perkara itu terjadi pada hari Sabat.