YouVersion Logo
Search Icon

Yohanes 13:31-36

Yohanes 13:31-36 AVB

Setelah Yudas pergi, Yesus berkata, “Sekarang Anak Manusia dimuliakan, dan Allah dimuliakan melalui-Nya. Jika Allah dimuliakan melalui Dia, Allah pun akan memuliakan Dia dalam diri-Nya segera. Anak-anak-Ku, Aku tidak akan lama lagi bersamamu. Kamu akan mencari-Ku, tetapi apa yang telah Kukatakan kepada orang Yahudi kini Kukatakan kepadamu juga, ‘Ke mana Aku pergi, kamu tidak dapat ikut.’ Inilah perintah baru yang Kuberikan kepadamu: Kasihilah satu sama lain. Sebagaimana Aku telah mengasihimu, kasihilah sesama sendiri. Daripada sikapmu yang saling mengasihi itu, semua orang akan tahu bahawa kamu murid-Ku.” Simon Petrus bertanya kepada Yesus, “Ke mana Tuhan hendak pergi?” Yesus menjawab, “Ke mana Aku pergi, kamu tidak dapat mengikut-Ku sekarang, tetapi satu hari nanti kamu akan mengikut-Ku ke situ.”