YouVersion Logo
Search Icon

Yeremia 33:14-16

Yeremia 33:14-16 AVB

“Sesungguhnya, waktunya akan datang,” demikianlah firman TUHAN, “bahawa Aku akan menepati janji yang baik yang telah Kufirmankan kepada keturunan kaum Israel dan keturunan kaum Yehuda. Pada waktu itu dan pada saat itu Aku akan menumbuhkan Tunas yang benar bagi Daud. Dia akan menegakkan keadilan dan perbenaran di negeri. Pada masa itu Yehuda akan diselamatkan dan Yerusalem akan berdiam dengan aman. Inilah nama yang akan disebutkan kepadanya, ‘TUHAN sumber perbenaran kita.’ ”